Sunday, October 2, 2011

it's the truth

how can this center attract youth?

Sunday, August 14, 2011

Tugasan Pra-reka bentuk : definisi senibina

Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh.

Pada dasarnya sebelum menjadi pelajar senibina, bagi saya senibina hanyalah sekadar mereka bentuk bangunan. Namun ianya adalah lebih daripada itu kerana cabang bidangnya sangat luas yang merangkumi bukan sahaja bidang pembinaan dan mereka cipta tetapi ia juga melibatkan aspek tanggungjawab, kerohanian, dan aspek-aspek kehidupan yang sejitu dengannya. Sebagai contoh, kita bukan sahaja mereka bentuk bangunan mengikut kehendak pelanggan bahkan kita harus memikirkan rasional bangunan itu dibina di samping kegunaan dan keindahan bangunan tersebut. Bangunan pada asalnya dibina kerana pelbagai kegunaan seperti pusat keagamaan, pusat perubatan, pusat pemerintahan dan bermacam-macam lagi dari penggunaan asas sehingalah keinginan yang lebih tinggi. Akan tetapi peredaran zaman merubah keinginan manusia hanya dari pada keperluan kepada aspek yang lebih kepada seni. Kini senibina sedang mengikut kemahuan manusia yang semakin bertambah, yakni mengimpikan bangunan yang mempunyai keindahan yang menyerlah disebalik hanya memiliki kegunaan tersendiri.


Master Architect.

'Archi' sendiri sudah membawa maksud master. Tetapi siapakah yang saya maksudkan master kepada arkitek? Masya'Allah, tinggi lagi pangkat dari arkitek. Tak lain tak bukan adalah Dia pencipta alam ini yakni Allah Subhana wa Ta'ala.
Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun? Dan bumi Kami hamparkan dan kami pancangkan di atasnya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan di atasnya tanaman dari segala jenis yang indah.
(Surah Qaf, ayat 6-7)

Dari petikan Surah Qaf di atas telah menerangkan betapa mudah Dia mencipta serta betapa indah ciptaan-Nya. Ciptaan yg agung ini tidak dapat ditiru dan tidak serupa walau sedikit pun dengan ciptaan manusia. Tiada seorang manusia pun yg dapat tandingi ciptaan Allah yakni Tuhan sekalian alam.



Senibina dan Alam

Senibina sendiri mengunakan ciptaan Allah ini sebagai unsur desain bukan sahaja dari pengunaan bahan alam ini. Alam sendiri menjadi satu dengan senibina. Contohnya, pokok adalah peranti teduhan untuk bangunan. Pokok juga digunakan sebagai hiasan untuk laman bangunan.

Sejak dahulu senibina bersama alam. Tapi sejauh manakah penggunaannya? Senibina direka mengikut alam, senibina direka bersama alam dan senibina juga direka dari bahan asas alam. Ada juga senibina direka tidak mengikut alam. Senibina tidak mengikut alam ini adalah gagal.

Reka Bentuk.

Senibina adalah bidang yg berasaskan reka bentuk atau design atau desain.

Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas. 
(Surah Al-'Alaq, ayat 1-6)

Saya mengambil petikan Surah Al-'Alaq ini adalah untuk mengaitkan sedikit dengan desain. Saya ingin menerangkan tentang perkataan 'segumpal darah' dan 'pena' mengikut fahaman saya terhadap desain. Segumpal darah, apabila saya kaitkan sendiri dengan desain, saya terfikir yang kita pun perlu bermula desain dengan bentuk yang asas dahulu sebelum mengubah kepada bentuk yang lebih rumit. Ini adalah mengambil contoh seperti proses Allah mencipta manusia dari segumpal darah menjadi manusia. Satu lagi ialah tentang ayat menyebut perkataan 'pena'. Bagi saya apa yang menarik tentang pena adalah, kita sebagai pereka (designer) juga perlukan pena atau sekarang lain dan dikenali sebagai pen artline. Pen digunakan untuk melakar perancangan dan penyusunan idea dan konsep. Idea dan konsep adalah ilham dari Allah kerana ayat tersebut mengatakan Allah mengajar kita dengan pena. Ayat seterusnya pula saya ingin kaitkan dengan desain yang gagal. Jika kita tidak menyebut nama Allah apabila memulakan sesuatu maka dengan izin Allah desain kita akan gagal. Serta kita hendaklah tidak mereka sesuatu yang melampau dari hukum Allah.



"Senibina dijana melalui idea dari permasalahan/permintaan pelanggan."

Sekarang saya ingin menceritakan bagaimana proses desain bermula dari sudut pandangan mata saya. Pada awal permulaan untuk membina hasil kerja, kegunaan dan konsep harus diketahui denagn teliti. Kemudian, keadaan ruang dimanipulasi mengikut kesesuaian penggunaan ruang. Apabila terhasilnya ruang, maka akan terbentuk pula bentuk luaran. Untuk kelainan, bentuk luaran juga boleh diubah lain dari bentuk ruang dalaman mengikut kesesuaian. Akhir sekali, hasil itu akan dihiasi dengan tekstur dan warna. Proses membina seperti sangat mudah dengan kata-kata tetapi kepayahan akan timbul pada KONSEP rekaan.
Konsep ini adalah salah satu elemen yg sgt penting dlm senibina. Konsep terhasil daripada pengetahuan kita tentang senibina. Pengetahuan tentang senibina ini boleh dibina dengan idea-idea berasaskan sumber-sumber yg diperolehi dari pemerhatian, pendengaran, sentuhan dan juga melalui hati. Dari pengumpulan data ini kita dapat hasil analisis tentang ruang, bentuk, warna dan tekstur. Senibina adalah pengetahun alam semesta - gabungan sains, teknikal dan rohani.


Akhir sekali, renungilah firman Allah ini.

Maka betapa banyak negeri yang telah Kami binasakan kerana (penduduk)nya dalam keadaan zalim, sehingga runtuh bangunan-bangunannya dan (betapa banyak pula) sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi (tiada penghuninya). Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.
(Surah Al-Hajj, ayat 45-46)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, February 15, 2011

k e m b a l i

Kembali

Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu dia yang maha kuasa
Masihkah tak mengerti
Tiada hidup tanpanya... Allah
Subhanaallah

Lalu kau pun tunduk membisu
Sejuta ketakutan
Bayangkan dosa mu bagai lautan
Haraplah diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Sedarlah kau dari kesilapan mu

Lalu kau pun sujud mengaku
Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah di beri peluang
Beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyedari
Jangka waktu yang di beri
Kau pun sedari
Cintanya yang abadi

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Cintai Ilahi
Cinta yang hakiki
Subhanaallah
 

Sunday, January 23, 2011

Fresh start

am i gonna make it?
hate me, love me, or
what will it be?
it shows what u do,
does matters a lots
i don't wanna beg
except to Him
The most Gracious
The most powerful

because i am just 
an unimportant
to anybody 
i hardly know
yet i am grareful 
to Him
for giving me
opportunity 
to regain myself
to be alive today

environmental consideration

environ + mental + consider + action
persekitaran + minda + pertimbangan + tindakan
presentation kumpulan 7, design II esok
berkenaan dengan tajuk yang diberi dan
macam terkena dengan diri ini
persekitaran di studio 04?
mental block?
pertimbangan & tindakan tenaga pengajar?
aku bagaikan batu yang dicampak ke dalam sungai

Saturday, January 22, 2011

jauh di dasar hati

aku berserah pada-Mu
ya Allah, aku tak mampu berselindung lagi
tunjukkan aku penyelesaiannya
sesungguhnya aku insan lemah
yang dibelenggu masalah

Saturday, May 1, 2010

hipotesis sejarah (bahagian 2)

sejarah adalah ilmu yang kita perolehi daripada kajian. Namun kini, ramai yang menyangka pelajaran sejarah yang kita pelajari di sekolah rendah dan sekolah menengah tu adalah sejarah sebenar yang berlaku. Mereka terima bulat bulat ilmu yang telah diubah itu. Bagi mereka, mungkin mencari adalah sesuatu yang susah daripada hanya menerima.

Tokoh-tokoh sejarah yang kita tahu seperti herodotus, thucydides, ibn khaldun, dan saint augustine adalah tokoh-tokoh yang dipelajari di sekolah rendah. Benarkah mereka ni tokoh-tokoh yang kita patut sanjung? Kita cuba lihat sejarah hidup mereka. Nak tahu siapa mereka yang sebenar, kene lah siasat. Mungkin ada yang kata mustahil nak siasat, tak ada apa yang mustahil selagi Tuhan yang Maha Agung membenarkan.

Tuesday, April 6, 2010

pakatan axis (bahagian 1)

Penguasaan bumi kini masih disandang oleh pakatan axis sejak sebelum perang dunia kedua lagi. Bukannya hendak membangga mereka ini tetapi realiti dunia sekarang dalam genggaman mereka. Sejak dulu lagi mereka telah memiliki 3G. Iaitu satu konsep untuk mengusai dunia. 3G terdiri daripada Gold, Glory dan Gospel.

Selain itu, mereka juga memiliki moto  iaitu "veni, vidi, vici" yang bermaksud "saya datang, saya lihat, saya jajah".




to be continue..

visi (bahagian 1)

Kebanyakkan orang menganggap bidang arkitek ialah sekadar membina bangunan. Tetapi bagi saya bidang binaan ini adalah perkaitan segala-galanya di dunia yang tiada batas ini. Arkitektur bukan sahaja membina tetapi termasuk kerja mereka dan merangka mengikut kesesuaian situasi geografi, kemahuan, dan tamadun. 

Kebiasaannya...


bersambung lagi...

hipotesis sejarah (bahagian 1)

Macam mana kita tahu tentang sejarah? Kebanyakkan buku sejarah lama yang diperolehi hari ini adalah hasil kajian . Hal ini bermaksud sejarah adalah ilmu yang diperoleh dari kajian.


bersambung